• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pemain Bass Limp Bizkit, Sam Rivers Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun
20 October 2025 | 11:01 AM

Pemain Bass Limp Bizkit, Sam Rivers Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun

Dunia muzik kehilangan salah seorang figura penting apabila pemain bass kumpulan nu-metal terkenal, Limp Bizkit, Sam Rivers, dilaporkan meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Berita duka itu dikongsi sendiri oleh anggota kumpulan berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi di media sosial, yang menyifatkan pemergian Rivers sebagai kehilangan besar buat keluarga muzik mereka.

“Hari ini kami kehilangan seorang ahli keluarga dan anggota kumpulan. Sam Rivers bukan hanya pemain bass kami, dia adalah magis kami. Sejak nota pertama yang kami mainkan, Sam membawa cahaya dan irama yang tidak mungkin berganti,” kata kenyataan itu.

Mereka turut menambah bahawa setiap detik yang dilalui bersama Rivers, sama ada ketika di pentas atau di belakang tabir menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

“Bakatnya luar biasa, kehadirannya tidak dapat dilupakan dan hatinya begitu besar. Berehat dengan tenang, Sam. Muzikmu akan terus hidup,” tulis kumpulan itu lagi.

Punca kematian Rivers tidak dinyatakan dalam kenyataan tersebut.

Rivers, yang berasal dari Jacksonville, Florida, sebelum ini pernah berehat daripada aktiviti bersama Limp Bizkit sekitar tahun 2015 akibat masalah hati berpunca daripada ketagihan alkohol sejak zaman persekolahan.

Beliau kembali bersama kumpulan itu tiga tahun kemudian selepas pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan hati.

Ditubuhkan pada 1994, Limp Bizkit turut dianggotai Fred Durst (vokal), John Otto (dram dan perkusi), DJ Lethal (turntable) dan Wes Borland (gitar).

Rivers memainkan peranan penting dalam kejayaan awal kumpulan itu pada era 2000-an, termasuk menerusi album popular Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water (2000) dan Results May Vary (2003).

Antara lagu yang melonjakkan nama mereka ialah Break Stuff dan Just Like This, menjadikan Limp Bizkit antara pelopor utama genre nu-metal yang mencetus fenomena global pada ketika itu.

Menariknya, hantaran terakhir Rivers di Instagram dibuat sehari sebelum pemergiannya, bersempena ulang tahun ke-25 salah satu album paling berjaya kumpulan itu, dengan kapsyen ringkas: “nothing but love.”

Kali terakhir Limp Bizkit tampil di pentas bersama Rivers adalah di Leeds Festival, Bramham Park, United Kingdom, pada 24 Ogos lalu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok