• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Tiada Kit Ujian Kendiri Influenza Diluluskan untuk Kegunaan Awam – MDA
20 October 2025 | 10:44 AM

Tiada Kit Ujian Kendiri Influenza Diluluskan untuk Kegunaan Awam – MDA

PETALING JAYA, 20 Okt – Tiada kit ujian kendiri influenza yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) untuk kegunaan orang awam, demikian menurut Public Health Malaysia (PHM).

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi, PHM memaklumkan bahawa kenyataan tersebut dibuat susulan peningkatan penjualan kit ujian kendiri influenza di pasaran dan melalui platform dalam talian.

“Diagnosis influenza hanya boleh disahkan oleh doktor berdasarkan penilaian klinikal dan ujian makmal yang sah.

Seseorang tidak boleh mengesahkan dirinya dijangkiti influenza hanya berpandukan keputusan kit yang dibeli dalam talian,” jelas PHM.

Menurut PHM, ketiadaan kit ujian kendiri influenza yang diluluskan berpunca daripada hakikat bahawa diagnosis penyakit berkenaan tidak boleh dibuat hanya berdasarkan keputusan kit semata-mata.

Jelasnya lagi, doktor perlu menjalankan penilaian menyeluruh yang meliputi tahap gejala, sejarah kesihatan pesakit, serta keperluan rawatan antiviral atau rujukan lanjut.

“Tanpa pemeriksaan yang rapi, rawatan mungkin diberikan secara tidak tepat atau tertangguh,” tambah PHM.

Sementara itu, PHM menasihatkan orang ramai supaya menyemak status kelulusan sesuatu peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi mdar.mda.gov.my.

“Semakan hanya boleh dibuat melalui laman tersebut. Di Malaysia, setiap peranti perubatan perlu mempunyai kelulusan MDA. Kit ujian influenza tidak boleh dijual di farmasi, apatah lagi di platform e-dagang,” tegas PHM.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok