MANILA, 17 Okt (Bernama-Xinhua) - Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina pada pagi Jumaat, lapor Xinhua memetik Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina.
Menurut institut itu, gempa bumi yang berlaku pada 7.03 pagi waktu tempatan (2303 GMT) itu berpusat pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 13 km tenggara dari kawasan perbandaran General Luna.
Institut itu berkata gempa bumi tektonik berkenaan dijangka mencetuskan gegaran susulan dan boleh menyebabkan kerosakan besar.
Gegaran turut dirasai di wilayah berjiran di Mindanao dan tengah Filipina. Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.
Sumber: BERNAMA-XINHUA
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini