• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

England Sahkan Slot ke Piala Dunia 2026, Benam Latvia 5-0 di Riga
15 October 2025 | 12:07 PM

England Sahkan Slot ke Piala Dunia 2026, Benam Latvia 5-0 di Riga

RIGA, Latvia – England melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Latvia 5-0 di Stadium Daugava, hasil dua jaringan daripada kapten pasukan, Harry Kane, sekali gus mengesahkan status sebagai juara Kumpulan K kelayakan zon Eropah.

Skuad kendalian Thomas Tuchel mengekalkan rekod sempurna dengan enam kemenangan daripada enam perlawanan menjaringkan 18 gol tanpa bolos menjadikan mereka pasukan pertama di Eropah yang mengesahkan tempat ke kejohanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tahun depan.

England membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi Anthony Gordon, yang menyudahkan gerakan cantik dari sebelah kiri untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Krisjanis Zviedris.

Kane menambah dua gol sebelum rehat yang pertama hasil kesilapan pertahanan Latvia, dan yang kedua menerusi sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan dalam kotak penalti.

Separuh masa kedua menyaksikan Djed Spence mencipta satu lagi gol apabila hantaran lintangnya tertampan pemain lawan, Maksims Tonisevs, untuk gol sendiri pada minit ke-57. Pemain gantian Eberechi Eze menutup malam gemilang England dengan jaringan kelima yang menarik di penghujung perlawanan.

“Satu lagi kejohanan besar menanti. Kami jadikannya nampak mudah, tapi kami fokus setiap perlawanan,” kata Kane kepada ITV Sport, selepas menambah jumlah keseluruhan gol antarabangsa beliau kepada 76.

“Tidak kira lawan siapa, kami mahu kekal dengan standard tinggi dan teruskan momentum ini.”

England kini mendahului kumpulan dengan 18 mata, diikuti Albania (11) dan Serbia (10), sementara Latvia kekal dengan lima mata.

Tuchel, yang baru mengambil alih tugas musim ini, jelas berpuas hati dengan pencapaian awalnya.

“Persembahan hebat, keputusan sempurna enam kemenangan, enam perlawanan tanpa bolos. Saya sangat gembira,” kata jurulatih Jerman itu.

“Kami bermain dengan tekanan tinggi dan semangat besar. Semua pemain beri komitmen penuh. Satu keseronokan melatih mereka.”

England kini merekodkan 37 perlawanan kelayakan Piala Dunia tanpa kalah sejak 2009, serta 57 aksi tanpa tewas dalam semua kempen kelayakan utama sejak 2015 antara rekod terbaik di benua Eropah.

Skuad “Three Lions” akan menutup kempen kelayakan dengan aksi di laman sendiri menentang Serbia, sebelum bertandang ke Albania bulan depan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok