• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Rumah Etnik Bidayuh Di Kampung Budaya Sarawak Akan Dibina Semula Segera - SCV
13 October 2025 | 01:05 PM

Rumah Etnik Bidayuh Di Kampung Budaya Sarawak Akan Dibina Semula Segera - SCV

KUCHING, 13 Okt (Bernama) - Rumah Etnik Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak (SCV) yang musnah dijilat api malam tadi akan dibina semula secepat mungkin menjelang Tahun Melawat Malaysia akan datang.

Pengarah Jualan, Pemasaran dan Acara SCV Zaini Zainuddin berkata Rumah Etnik Bidayuh merupakan antara tarikan pelancongan popular di kampung budaya itu, yang dibuka sejak tahun 1990.

Beliau berkata rumah itu dibina pada tahun 2007 dan asalnya bersaiz kecil sebelum diperbesar bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat.

“Semasa kejadian, rumah itu kosong dan berfungsi sebagai tempat menyimpan artifak kaum Bidayuh yang berharga.

"Ia hanya digunakan ketika musim festival sahaja manakala pada hari biasa, tiada sesiapa menghuni di situ,” katanya kepada pemberita di lokasi kebakaran di sini hari ini.

Zaini juga berkata dalam usaha membangunkan semula rumah berkenaan, SCV akan mendapatkan bantuan daripada pihak muzium serta komuniti Bidayuh khususnya daripada segi artifak dan bahan warisan etnik itu.

Kenyataan SCV pula memaklumkan bahawa operasi kampung budaya itu berjalan seperti biasa memandangkan hanya Rumah Etnik Bidayuh yang terjejas dalam insiden kebakaran tersebut.

“Kampung Budaya Sarawak akan terus dibuka kepada pengunjung, dengan akses di sekitar kawasan terjejas dihadkan buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan serta melancarkan siasatan dan usaha pemulihan.

“Semua rumah budaya dan kemudahan lain di Kampung Budaya Sarawak kekal utuh dan tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.

Menurut Pusat Gerakan dan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran yang bermula sekitar 7.30 malam itu telah memusnahkan rumah etnik berkenaan yang berkeluasan 1,130 meter persegi dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok