• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

"Perang Sudah Berakhir" - Presiden AS Trump
13 October 2025 | 12:54 PM

"Perang Sudah Berakhir" - Presiden AS Trump

ISTANBUL, 13 Okt (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad menegaskan bahawa perang di Gaza telah berakhir ketika beliau berlepas ke Timur Tengah bagi menghadiri sidang kemuncak antarabangsa berhubung gencatan senjata yang dipersetujui di wilayah berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.

“Perang sudah berakhir, faham?” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One selepas berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Andrews di Maryland menuju ke destinasi pertamanya, Tel Aviv.

Beliau menjawab pertanyaan mengenai Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang belum mengakui berakhirnya konflik itu.

Trump berkata beliau yakin perjanjian gencatan senjata berdasarkan pelan 20 perkara yang diumumkannya Rabu lalu akan kekal utuh.

“Terdapat banyak sebab mengapa ia akan bertahan. Tapi saya fikir semua orang sudah letih dengannya. Ini bukan baru-baru ini, tapi sudah berlarutan berabad lamanya,” katanya.

Trump dijadual tiba di Tel Aviv pada 9.20 pagi Isnin waktu tempatan, bertemu keluarga tawanan dan berucap di Knesset (parlimen Israel).

Beliau akan berlepas ke Sharm el-Sheikh, Mesir pada 1 tengah hari waktu tempatan untuk menghadiri dan mempengerusikan bersama Sidang Keamanan Sharm el-Sheikh mengenai gencatan senjata Gaza bersama Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi.

Lebih 20 pemimpin dunia dijangka menghadiri sidang itu termasuk Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Presiden Perancis Emmanuel Macron, Raja Jordan Abdullah II, Raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa, Perdana Menteri Britain Keir Starmer, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Canselor Jerman Friedrich Merz.

Mesir dalam kenyataannya memaklumkan sidang itu bertujuan “mengakhiri perang di Semenanjung Gaza, memperkukuh usaha membawa keamanan dan kestabilan ke Timur Tengah serta fasa baharu keselamatan dan kestabilan serantau.”

Pada Rabu lalu, Trump mengumumkan bahawa Israel dan kumpulan Palestin Hamas bersetuju melaksanakan fasa pertama pelan 20 perkara bagi melaksanakan gencatan senjata di Gaza.

Pelan itu merangkumi pembebasan semua tawanan Israel sebagai pertukaran dengan kira-kira 2,000 tahanan Palestin serta pengunduran berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza. Fasa pertama berkuat kuasa pada Jumaat.

Fasa kedua pula melibatkan penubuhan badan pentadbiran baharu di Gaza tanpa penyertaan Hamas, penempatan pasukan multinasional dan pelucutan senjata kumpulan itu.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel mengorbankan lebih 67,600 penduduk Palestin di Gaza, menjadikan wilayah itu hampir tidak dapat didiami.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok