• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Wartawan Palestin Saleh al-Jafarawi Terbunuh Ketika Membuat Liputan di Bandar Gaza
13 October 2025 | 12:43 PM

Wartawan Palestin Saleh al-Jafarawi Terbunuh Ketika Membuat Liputan di Bandar Gaza

BANDAR GAZA, 13 Okt – Aktivis dan wartawan Palestin terkenal, Saleh al-Jafarawi, dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan pertempuran antara kumpulan bersenjata di Bandar Gaza, menurut laporan Middle East Eye.

Saluran berita Al Jazeera melaporkan bahawa Saleh ditembak mati oleh militia bersenjata di kejiranan Sabra, semasa melaporkan pertempuran antara kumpulan disokong Israel dan pejuang Hamas.

Menurut laporan itu, beberapa penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal turut terkorban dalam insiden berkenaan, apabila kumpulan bersenjata mengambil kesempatan terhadap kekosongan keselamatan di Bandar Gaza selepas gencatan senjata diumumkan.

“Setiap hari ada sahaja kematian, satu lagi kesedihan. Walaupun Israel berhenti menyerang, yang tinggal hanyalah saki-baki tentera dan pengkhianatan sesetengah orang,” kata wartawan berpangkalan di Gaza, Mohamed Shahen, yang turut berkongsi video menunjukkan jenazah Saleh.

Beliau menzahirkan penghormatan terhadap Saleh, menyifatkan wartawan itu sebagai pelopor dalam melaporkan penderitaan rakyat Palestin dan membantu golongan tertindas.

Saleh al-Jafarawi dikenali ramai ketika perang Gaza kerana aktif menggunakan media sosial untuk menyiarkan laporan langsung serta dokumentasi kemusnahan yang berlaku di lapangan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok