• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

PM Anwar Bentang Belanjawan 2026 Petang Ini
10 October 2025 | 10:40 AM

PM Anwar Bentang Belanjawan 2026 Petang Ini

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.

Ia merupakan belanjawan keempat yang dibentang oleh Kerajaan MADANI pimpinan beliau, dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pembentangan Belanjawan 2026 akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan platform media sosial, termasuk saluran BERNAMA TV yang turut menayangkan Program Khas Analisis Prapembentangan Belanjawan 2026 pada 3 petang.

Menurut kenyataan prabelanjawan 2026 yang disiarkan di laman sesawang khas Kementerian Kewangan, Belanjawan 2026 akan meneruskan momentum berpandukan asas kukuh yang telah dibina melalui Belanjawan MADANI sebelum ini.

Belanjawan 2026 juga akan terus memaknai tiga tonggak utama Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat serta tatakelola baik dan reformasi sektor awam.

Dalam mendepani ketidaktentuan global serta persaingan yang semakin sengit, tumpuan Belanjawan 2026 akan terarah kepada penyampaian agenda ekonomi Malaysia jangka panjang di samping menangani cabaran jangka pendek bagi mengekalkan momentum pertumbuhan dan melindungi daya tahan ekonomi negara.

Pada masa sama, kenyataan prabelanjawan 2026 turut memaklumkan bahawa usaha akan diambil bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui bantuan yang lebih bersasar berteraskan keberhasilan ke arah menambah baik kualiti hidup.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, ketika memberikan taklimat berkaitan Belanjawan 2026 kepada editor media di Putrajaya pada Rabu, berkata Belanjawan Kerajaan MADANI Keempat itu akan menumpukan usaha untuk membela rakyat, memperkukuh ekonomi serta memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat di laman sesawang Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 akan dibahaskan di Peringkat Dasar selama lapan hari oleh Ahli-Ahli Parlimen selepas dibentang hari ini.

Seterusnya, sesi penggulungan oleh kementerian akan berlangsung dari 29 Okt hingga 4 Nov diikuti perbahasan di Peringkat Jawatankuasa dari 5 hingga 27 Nov untuk kelulusan Dewan Rakyat.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok