KUCHING, 8 Okt 2025 – Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar Kuching akan ditutup secara berperingkat bermula 2 hingga 12 Oktober 2025 bagi memberi laluan kepada persiapan dan pelaksanaan Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir Ke-79 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Majlis utama akan berlangsung pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Padang Merdeka, Kuching.
Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), penutupan serta lencongan jalan akan dilakukan bagi melancarkan perjalanan program dan mengawal aliran trafik di kawasan terlibat.
Jadual Penutupan dan Lencongan Jalan
1. 2 – 12 Oktober 2025 (10.00 pagi – 12.00 tengah hari)
Aktiviti: Pemasangan, persiapan dan pembukaan khemah selepas program.
Lokasi: Jalan McDougall, Kuching.
2. 6 – 8 Oktober 2025 (7.00 pagi – 11.00 pagi)
Aktiviti: Raptai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa.
Lokasi terlibat:
- Jalan McDougall
- Jalan dari lampu isyarat RTM ke Padang Merdeka
- Jalan Wawasan ke Padang Merdeka
- Jalan Tun Abang Haji Openg (Carpenter Street)
3. 9 Oktober 2025 (7.00 pagi – 11.00 pagi)
Aktiviti: Raptai penuh Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa.
Lokasi terlibat:
- Jalan McDougall ke Padang Merdeka
- Jalan Tun Abang Haji Openg
- Jalan Wawasan, Jalan Main Bazaar, Lebuh Temple, Lebuh Wayang (Wisma Pelita), dan Jalan Gambier.
4. 11 Oktober 2025 (7.00 pagi – 12.00 tengah hari)
Aktiviti: Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa utama.
Lokasi sama seperti raptai penuh.
5. 11 Oktober 2025 (7.00 malam – 12.00 tengah malam)
Aktiviti: Konsert Rakyat sempena sambutan Hari Lahir TYT.
Lokasi: Kawasan sekitar Padang Merdeka, termasuk Jalan McDougall, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Wawasan, Jalan Main Bazaar, Lebuh Temple, Lebuh Wayang dan Jalan Gambier.
PDRM menasihatkan orang ramai untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan, serta merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-259900.
Sumber: Polis Daerah Kuching
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini