• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ahli Parlimen Portugal Dedah Sukarelawan Malaysia Paling Teruk Diserang Tentera Israel
06 October 2025 | 05:16 PM

Ahli Parlimen Portugal Dedah Sukarelawan Malaysia Paling Teruk Diserang Tentera Israel

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Ahli Parlimen Portugal, Mariana Mortagua, mendakwa sukarelawan dari Malaysia menjadi kumpulan yang paling teruk diserang tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Dalam rakaman video yang kini tular di media sosial, Mariana turut meluahkan rasa kagum terhadap keberanian dan semangat sukarelawan Malaysia yang tetap berjuang untuk menjayakan misi tersebut.

“Sukarelawan dari Malaysia paling teruk diserang oleh tentera Israel.

Sukarelawan dari Malaysia juga antara yang paling bersemangat dalam memperjuangkan misi kemanusiaan ini,” katanya.

Mariana turut menyifatkan aktivis alam sekitar terkenal, Greta Thunberg, yang juga menyertai flotila itu, sebagai seorang yang tabah dan berharap agar aktivis muda berusia 22 tahun itu segera dibebaskan.

Rakaman temu bual Mariana itu menjadi perhatian netizen Malaysia selepas dikongsi oleh pengguna TikTok, @Bintu_ftmh, pada Isnin.

Untuk rekod, misi GSF kali ini disertai 497 peserta dari 46 negara, termasuk 34 aktivis Malaysia yang menyertai pelayaran bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza.

Sumber: mStar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok