• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat di Beberapa Negeri
02 October 2025 | 03:56 PM

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat di Beberapa Negeri

PETALING JAYA, 2 Okt. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan beberapa negeri di seluruh negara sehingga pukul 5 petang.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terjejas termasuklah seluruh negeri Perlis serta beberapa daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

Bagi negeri Perak, kawasan terlibat ialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala Terengganu dijangka mengalami keadaan cuaca buruk di seluruh negeri.

Di Pahang, amaran cuaca buruk melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Selangor kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dijangka mengalami hujan lebat berserta ribut petir. Di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Johor iaitu Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terjejas termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu. Bagi Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca serta mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi jabatan itu bagi mengutamakan keselamatan.

Sumber: MetMalaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok