• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kerajaan Arah Stesen TV & Radio Siar Doa Qunut Nazilah
02 October 2025 | 03:17 PM

Kerajaan Arah Stesen TV & Radio Siar Doa Qunut Nazilah

PETALING JAYA – Kerajaan menggesa semua stesen televisyen dan radio di seluruh negara untuk menyiarkan bacaan doa Qunut Nazilah dalam slot utama siaran, sebagai tanda solidariti terhadap krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.

Langkah itu diumumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, susulan tindakan rejim Zionis Israel yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa selepas memintas serta menahan pasukan Global Sumud Flotilla (GSF) malam tadi.

“Doa dan solidariti rakyat Malaysia amat penting dalam menghadapi situasi getir ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan mempertingkat pemantauan kandungan berkaitan konflik di ruang siber negara.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang cubaan menyebarkan propaganda Zionis atau naratif berunsur hasutan yang boleh menjejaskan keharmonian serta sensitiviti awam,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai supaya hanya merujuk maklumat rasmi yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri serta saluran rasmi Sumud Nusantara Command Centre di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, bagi mengelakkan penyebaran berita palsu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok