• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Samarahan catat jangka hayat hampir 81 tahun, paling tinggi di Malaysia
01 October 2025 | 11:01 AM

Samarahan catat jangka hayat hampir 81 tahun, paling tinggi di Malaysia

KUALA LUMPUR: Jangkaan hayat penduduk Malaysia terus meningkat pada 2025, dengan bayi yang dilahirkan pada tahun ini dijangka hidup hingga 75.3 tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan penerbitan Jadual Hayat Ringkas, Malaysia, 2023-2025 yang dikeluarkan semalam, secara purata bayi perempuan yang lahir pada 2025 dijangka boleh hidup hingga 77.9 tahun, 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki pada 73.1 tahun.

“Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri bagi tempoh 2023 hingga 2025 dicatatkan di Selangor manakala Terengganu merekodkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada tempoh sama,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Uzir berkata empat negeri yang mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional pada 2025 ialah Selangor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Labuan.

Beliau berkata Samarahan di Sarawak mencatat jangkaan hayat ketika lahir tertinggi pada 2023, iaitu 79.8 tahun, 80.4 tahun (2024) dan 80.9 tahun (2025) manakala jangkaan hayat ketika lahir terendah direkodkan di Kecil Lojing, Kelantan (63.6 tahun) pada 2023, Kuala Penyu, Sabah (66.5 tahun) pada 2024, dan Kanowit, Sarawak (66.5 tahun) pada 2025.

“Secara keseluruhan, 30 dari 156 daerah melepasi jangka hayat pada peringkat nasional. Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki adalah di Kinabatangan, Sabah (79.8 tahun) manakala perempuan di Telupid, Sabah (82.8 tahun),” katanya.

Menurut kenyataan itu, penerbitan berkenaan juga melaporkan bahawa jangkaan hayat ketika lahir mencatat peningkatan sebanyak 1.3 tahun pada 2023 hingga 2025, disebabkan jumlah kematian yang menurun pada tempoh sama berbanding 2020 hingga 2022 yang berlaku lebihan kematian semasa pandemik COVID-19.

“Etnik Cina terus merekodkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi pada 2025, iaitu 77.3 tahun, sebaliknya jangkaan hayat ketika lahir terendah dicatatkan oleh etnik India pada 71.8 tahun bagi tahun yang sama. Pada peringkat negeri, jangkaan hayat ketika lahir bagi etnik Melayu dan Cina tertinggi di Selangor berbanding negeri lain pada 2025,” menurut DOSM.

Bagi kumpulan jantina, seorang lelaki yang mencapai umur 15 dan 60 tahun pada tahun ini masing-masing dijangka hidup hingga 73.8 tahun dan 78.8 tahun, sebaliknya wanita dalam kumpulan umur yang sama dijangka hidup masing-masing hingga 78.6 tahun dan 81.6 tahun.

Sementara itu, bersempena dengan Kepengerusian ASEAN–Malaysia 2025, DOSM akan mempengerusikan Jawatankuasa Sistem Statistik Komuniti ASEAN ke-15 (ACSS15) untuk memperkukuh kerjasama statistik ke arah pembangunan serantau yang mampan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan juga mengisytiharkan 20 Okt sebagai Hari Statistik Negara dengan tema “Statistik Nadi Kehidupan” manakala Hari Statistik Dunia Keempat turut disambut pada 20 Okt dengan tema Driving Change with Quality Statistics and Data for Everyone.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok