• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

BUDI95 bantu kurangkan belanja petrol rakyat pelbagai lapisan
01 October 2025 | 10:40 AM

BUDI95 bantu kurangkan belanja petrol rakyat pelbagai lapisan

IPOH: Daripada pekerja swasta, usahawan muda hinggalah pelajar, inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) nyata membantu mengurangkan perbelanjaan petrol bagi urusan harian mereka.

Pekerja swasta, K. Gunasekaran, 54, berkata beliau sebelum ini memperuntukkan kira-kira RM600 sebulan untuk petrol RON95 pada harga RM2.05 seliter.

“Dengan RM600, saya boleh dapat 292.68 liter sebulan, namun pada kadar RM1.99 seliter, saya hanya perlu membelanjakan RM582.43 untuk jumlah liter yang sama,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.60 seliter bagi Oktober.

Usahawan muda, Ong Jun Di, 25, pula berkata beliau memperuntukkan RM480 sebulan bagi pengisian petrol dan pelaksanaan BUDI95 memberi sedikit penjimatan yang boleh dimanfaatkan untuk perbelanjaan isi rumah serta simpanan masa depan.

Sementara itu, pelajar kejururawatan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Abdul Rahim, 20, berkata pelaksanaan BUDI95 membantu golongan pelajar sepertinya yang bergantung kepada kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk ke kuliah dan menjalankan aktiviti seharian.

“Bagi kami yang menggunakan kenderaan setiap hari, pelaksanaan BUDI95 sedikit sebanyak membantu kerana kebanyakan pelajar bergantung kepada wang pinjaman atau biasiswa untuk meneruskan pengajian dan kehidupan seharian,” katanya.

Inisiatif BUDI95 bermula pada Sabtu lepas kepada 300,000 anggota tentera dan polis sebelum diperluas kepada lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada Ahad, dan seterusnya 16 juta rakyat Malaysia yang layak, semalam.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok