• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Konvoi Bantuan GSF Hampiri Zon Merah Gaza, Dijangka Tiba Khamis
30 September 2025 | 10:50 AM

Konvoi Bantuan GSF Hampiri Zon Merah Gaza, Dijangka Tiba Khamis

SHAH ALAM – Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini semakin hampir memasuki kawasan paling berisiko, dengan jangkaan tiba di zon merah dalam tempoh dua hari lagi.

Menurut data daripada Sumud Nusantara Flotilla Tracker yang dibangunkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), flotilla tersebut kini berada sekitar 252.8 batu nautika dari destinasi dengan kelajuan purata 4.3 knot. Ia dijangka mengambil masa kira-kira dua hari 10 jam untuk tiba di perairan Gaza.

Sehingga jam 8.30 pagi tadi, sebanyak 45 kapal yang menyertai misi itu sedang berlayar di zon kuning, dengan kapal Yulara mengetuai konvoi diikuti Shireen, Wahoo dan beberapa kapal lain.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim, pada Isnin lalu memaklumkan konvoi dijangka menghampiri zon merah dan pesisir Gaza pada Khamis.

Katanya, ketika itu flotilla berada kira-kira 366 batu nautika dari Gaza dan dijadual memasuki zon kuning sekitar jam 9.18 malam waktu Malaysia. Beliau turut menjangka perjalanan mungkin mengalami sedikit kelewatan sebelum kapal-kapal berkenaan tiba di zon merah pada Khamis.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok