• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Abdul Latif kekal raja lompat jauh, perbaharui rekod dunia
29 September 2025 | 10:42 AM

Abdul Latif kekal raja lompat jauh, perbaharui rekod dunia

KUALA LUMPUR: Jaguh olahraga para negara Datuk Abdul Latif Romly melakar sejarah peribadi apabila berjaya memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2025 di New Delhi, India, hari ini.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan, atlet berusia 28 tahun itu melakukan lompatan sejauh 7.67 meter (m) pada percubaan ketiga untuk meraih pingat emas sekali gus memadam rekod 7.64m yang dicatatkannya pada Kejohanan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Di belakang beliau, atlet Arab Saudi Hassan Dawshi melakukan lompatan sejauh 7.36m untuk membawa pulang pingat perak, manakala Matvei Iakushev yang bertanding sebagai atlet paralimpik neutral (NPA) meraih gangsa dengan catatan 7.22m.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan hari ini kerana berjaya memecahkan dua rekod iaitu Rekod Kejuaraan (7.61m) dan rekod dunia di New Delhi.

“Saya dedikasikan pingat ini kepada isteri dan anak-anak.

Selepas ini, saya akan mengimbangi latihan serta memberi masa kepada isteri dan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan dikongsikan hari ini.

Sumber: Bernama

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok