• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Tujuh Acara Utama Warnai Ulang Tahun Ke-79 TYT Sarawak
26 September 2025 | 01:34 PM

Tujuh Acara Utama Warnai Ulang Tahun Ke-79 TYT Sarawak

KUCHING, 26 September - Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang ke-79 bakal diraikan dengan penuh adat istiadat serta kemeriahan melalui tujuh acara utama yang berlangsung dari 9 hingga 12 Oktober 2025.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menegaskan bahawa acara tahunan itu merupakan wadah penghargaan terhadap jasa dan peranan besar Yang di-Pertua Negeri sebagai Ketua Negeri Sarawak.

“Segala persiapan berjalan dengan lancar bagi memastikan sambutan ini dapat dilaksanakan dengan tertib serta memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk turut serta meraikan detik bersejarah ini,” ujarnya dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Sambutan akan bermula pada 9 Oktober dengan Majlis Kesyukuran di Masjid Jamek Kuching pada pukul 6 petang, disusuli dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada 10 Oktober, khutbah khas sempena ulang tahun keputeraan akan disampaikan di semua masjid negeri ini, manakala pada sebelah malam pula, Majlis Kesyukuran Agama-agama Lain anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan diadakan di Grand Ballroom, Hotel Imperial.

Kemuncak sambutan berlangsung pada 11 Oktober dengan Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa di Padang Merdeka yang menghimpunkan lebih 100 kontinjen daripada badan beruniform, jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Usai perbarisan, pada pukul 11 pagi, Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak akan berlangsung di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak.

Pada sebelah malam, Majlis Jamuan Negeri akan diadakan di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak, disusuli dengan Konsert Rakyat serta pertunjukan bunga api di Padang Merdeka, yang dijangka menarik ribuan pengunjung.

Sambutan akan melabuhkan tirainya pada 12 Oktober dengan Majlis Jamuan Teh di Sarawak Chamber, Hotel Riverside Majestic. Pada majlis itu, Tuan Yang Terutama bersama Toh Puan akan beramah mesra dengan para tetamu selain menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik, termasuk 120 anak yatim dan asnaf.

Menurut Abdul Karim, sambutan tahun ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan ulang tahun keputeraan Tuan Yang Terutama, malah menjadi wahana memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Sarawak.

Sumber: Suara Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok