KOTA KINABALU – Prosiding inkues berhubung kematian remaja Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, dijangka bersambung hari ini seiring dengan pengurusan kes membabitkan lima remaja yang didakwa dalam kes tersebut.
Difahamkan, sebutan dan pengurusan kes lima remaja berkenaan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum prosiding inkues yang kini memasuki hari ke-14 diteruskan.
Peguam yang mewakili ibu Allahyarham, Rizwandean M. Borhan, memaklumkan bahawa inkues akan disambung selepas selesai pengurusan kes pertuduhan terhadap lima remaja berkenaan.
Terdahulu, pada 20 Ogos lalu, kesemua remaja tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarham Zara Qairina.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini