• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Dua Lipa Pecat Ejen Eropah Selepas Tandatangan Petisyen Anti-Kneecap
23 September 2025 | 12:29 PM

Dua Lipa Pecat Ejen Eropah Selepas Tandatangan Petisyen Anti-Kneecap

Penyanyi antarabangsa, Dua Lipa dilaporkan telah menamatkan khidmat ejennya di pasaran Eropah, David Levy, selepas beliau dikaitkan dengan petisyen yang mahu kumpulan rap pro-Palestin, Kneecap, dikeluarkan daripada barisan artis Festival Glastonbury.

Menurut Daily Mail, kandungan petisyen itu bocor baru-baru ini dan mendedahkan bahawa Levy termasuk antara individu terawal menurunkan tandatangan. Petisyen tersebut ditujukan kepada pengasas festival berkenaan, Michael Eavis.

Tindakan itu dilihat bercanggah dengan pendirian lantang Dua Lipa, yang sejak sekian lama dikenali sebagai penyokong tegar Palestin. Penyanyi berdarah Albania-British itu pernah beberapa kali menyuarakan gesaan supaya genjatan senjata kemanusiaan dilaksanakan di Gaza.

Levy berkhidmat di bawah agensi William Morris Endeavor (WME), yang menguruskan kerjaya Dua Lipa di pasaran Eropah. “Dua kesal dengan tindakan David dan menamatkan perkhidmatannya kerana melihat beliau menyokong perang Israel di Gaza,” kata sumber kepada media.

Sementara itu, kumpulan rap Ireland, Kneecap, menafikan dakwaan bahawa mereka menyokong mana-mana kumpulan militan. Mereka menegaskan perjuangan mereka hanyalah menentang penindasan terhadap rakyat Palestin.

Kneecap sebelum ini menyatakan sokongan terbuka kepada Palestin ketika membuat persembahan di festival Coachella 2025, tindakan yang mengundang kecaman daripada penyokong Zionis.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok