KUCHING, 20 Sept – Beberapa jalan utama di bandar ini akan ditutup atau dilencongkan pada Sabtu, 27 September 2025, sempena penganjuran Live Cat Parade 2025 yang berlangsung dari jam 6 petang hingga 10 malam.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata penutupan tersebut dibuat bagi melancarkan perjalanan acara bertemakan kucing itu, selain memastikan keselamatan peserta dan pengunjung.
Antara jalan yang terlibat dalam penutupan sementara ialah:
- Jalan Market / Jalan Power
- Lebuh Java / Jalan Gambier
- Lebuh Temple / Jalan Main Bazaar
- Jalan Courthouse (sekitar Plaza Merdeka)
“Orang awam diminta tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan yang terlibat serta merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya hadir lebih awal dan mematuhi arahan penguatkuasa sepanjang acara berlangsung.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching di talian 082-259900.
Sumber: IPD Kuching
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini