KUCHING: Beberapa laluan utama di bandar ini akan ditutup atau dilencongkan bermula 10 malam, 19 September hingga 10 pagi, 21 September bersempena penganjuran Kuching Marathon 2025.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, langkah itu diambil bagi melancarkan perjalanan acara yang bakal menghimpunkan peserta tempatan dan antarabangsa.
Antara jalan yang terlibat ialah:
- Jalan Tun Abang Hj Openg (ditutup mulai 19 September, 10 malam hingga 21 September, 10 pagi untuk persiapan)
- Jalan Taho/Jalan Wawasan (lampu isyarat menuju Padang Merdeka, ditutup 21 September, 1 pagi – 10 pagi)
- Jalan Wawasan/Lebuh Wang, Jalan Mcdougall (selepas pusingan U), susur Jalan Hj Taha, lampu isyarat Jalan Ajibah Abol, simpang Jalan Muhibbah/Jalan Kulas
- Simpang Jalan Tun Abdul Rahman Yaakob/Padang Merdeka, lampu isyarat Jalan Kampung Lintang/Jalan Astana
- Beberapa bulatan utama termasuk Bulatan Mahkamah, Bulatan Sesco, Bulatan Samariang, Bulatan Yayasan, Bulatan Kesuma Resort, Bulatan Stadium dan Bulatan Gersik
- Lampu isyarat Merican Salleh/Kwong Lee Bank, Klinik Tanah Putih, Jalan Sekama/Pending, Bulatan Sri Aman serta persimpangan Jalan Gamelan/Jalan Tun Abdul Rahman Yaakob.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan, merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.
Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.
Sumber: Polis Daerah Kuching
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini