• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Suspek Kes Tembak Mati Charlie Kirk Enggan Beri Kerjasama – Gabenor Utah
15 September 2025 | 04:45 PM

Suspek Kes Tembak Mati Charlie Kirk Enggan Beri Kerjasama – Gabenor Utah

WASHINGTON, 15 Sept – Suspek pembunuhan aktivis konservatif Amerika Syarikat, Charlie Kirk, masih enggan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa walaupun ditahan sejak Khamis lalu, kata Gabenor Utah, Spencer Cox.

Menurut Cox, penyiasat kini meneliti motif kejadian dengan mengambil keterangan daripada rakan serta ahli keluarga suspek, Tyler Robinson, 22, yang dijadualkan didakwa di mahkamah pada Selasa ini.

“Dia tidak mengaku bersalah dan enggan bekerjasama. Namun, semua orang di sekelilingnya bekerjasama dan saya anggap itu sangat penting,” katanya dalam temu bual bersama program ABC This Week.

Charlie Kirk, pengasas bersama kumpulan konservatif Turning Point USA dan penyokong tegar Presiden Donald Trump, ditembak di leher ketika menghadiri sebuah acara di Orem, Utah, yang dihadiri sekitar 3,000 orang.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan baharu berhubung peningkatan keganasan politik serta perpecahan mendalam antara blok kiri dan kanan di Amerika Syarikat.

Robinson ditahan selepas polis menyerbu kediaman keluarganya, kira-kira 33 jam selepas insiden. Penyiasat mendakwa suspek menembak dari bumbung Utah Valley University pada hari kejadian.

Cox memaklumkan, siasatan masih berjalan termasuk latar belakang ideologi suspek yang dikatakan berbeza dengan keluarganya. Menurut beliau, Robinson didakwa “sangat dipengaruhi ideologi kiri” berdasarkan maklumat daripada kenalan dan ahli keluarga.

Dalam program Meet the Press, Cox turut menuding jari kepada media sosial yang disifatkannya memainkan peranan langsung dalam insiden keganasan dan cubaan pembunuhan politik sepanjang lima hingga enam tahun kebelakangan ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok