• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lebih 10,000 Lampu Jalan Dipasang Di Lokasi Strategik Lebuhraya Pan Borneo Sarawak
03 September 2025 | 03:39 PM

Lebih 10,000 Lampu Jalan Dipasang Di Lokasi Strategik Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) - Sebanyak 10,039 unit lampu jalan telah dipasang di lokasi strategik sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak bagi memastikan keselamatan pengguna berada pada tahap tertinggi.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lampu berkenaan dipasang di simpang utama, lokasi pusingan P (P turn) dan jejambat, selaras dengan saranan audit keselamatan jalan yang menjadi garis panduan utama dalam reka bentuk serta pembinaan infrastruktur jalan negara.

Katanya, bagi kawasan yang belum dilengkapi lampu jalan, kerajaan tidak berkompromi dalam aspek keselamatan dengan menambah ciri perlindungan tambahan termasuk pemasangan pemantul cahaya dan penghadang jalan.

“Kiraan untuk lampu jalan ialah setiap 30 meter satu batang. Itu adalah standard Jabatan Kerja Raya (JKR). Untuk 786 kilometer, kita memerlukan 26,200 lampu jalan di sebelah jalan. Kalau dua belah jalan, jumlahnya 52,400 lampu jalan, bererti masih ada 41,961 lagi belum dipasang.

“Jika semua dipasang menggunakan lampu solar sebanyak 52,400 unit dengan kos RM10,000 setiap satu, ia memerlukan setengah bilion ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead mengenai pemasangan lampu jalan di sepanjang LPB Sarawak bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Menjawab soalan tambahan Roderick Wong sama ada kerajaan bercadang menambah kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang LPB Sarawak, Ahmad berkata dua R&R sudah siap dan sebuah lagi dalam perancangan.

“Untuk hentian sebelah, tiga telah siap dan dua lagi dalam perancangan. Jadi akan ada tiga R&R dan lima hentian sebelah, dan jumlah itu mencukupi untuk kegunaan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok