• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Polis Dakwa Peserta Demonstrasi di Jakarta Dibayar Sertai Rusuhan
03 September 2025 | 03:13 PM

Polis Dakwa Peserta Demonstrasi di Jakarta Dibayar Sertai Rusuhan

Jakarta - Polis Indonesia mendakwa sebahagian peserta demonstrasi ganas yang berlaku di ibu negara antara 25 hingga 31 Ogos lalu telah menerima bayaran wang tunai untuk menyertai rusuhan.

Ketua Bahagian Humas Polda Metro Jaya, Komisioner Besar Ade Ary Syam Indradi, berkata pihaknya sedang menyiasat dalang yang dipercayai menyalurkan imbuhan tersebut, lapor Kompas.

Menurut polis, individu termasuk kanak-kanak dan orang dewasa didakwa menerima bayaran antara Rp62,500 (RM16) hingga Rp200,000 (RM51) bagi menyertai demonstrasi itu.

Kes tersebut kini berada pada peringkat siasatan dengan pihak berkuasa mengumpul empat jenis bukti utama, keterangan 22 saksi, dokumen, petunjuk lain serta pandangan pakar.

Sementara itu, kerajaan Indonesia menganggarkan kerugian akibat siri demonstrasi dan rusuhan berkenaan mencecah hampir Rp900 bilion (RM285 juta). Wilayah Jawa Timur dilaporkan mengalami kerosakan paling teruk, termasuk kemusnahan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), gerbang tol dan hentian pengangkutan awam.

Sumber: Lobak Merah

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok