• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lebih 1,200 Perusuh Ditahan Polis Jakarta
02 September 2025 | 12:08 PM

Lebih 1,200 Perusuh Ditahan Polis Jakarta

JAKARTA – Polis Metropolitan Jakarta menahan lebih 1,200 individu sepanjang tempoh seminggu kekacauan yang diselangi insiden rompakan dan vandalisme, demikian menurut Ketua Polis Jakarta, Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri semalam seperti dilaporkan Jakarta Globe.

“Sehingga hari ini, Polis Metropolitan Jakarta telah menahan kira-kira 1,240 individu sejak pergolakan bermula,” ujar Asep dalam sidang media selepas menghadiri pertemuan bersama Gabenor Jakarta, Pramono Anung serta pegawai tentera di Dewan Bandar Raya.

Beliau menjelaskan bahawa tangkapan tersebut melibatkan bukan sahaja penduduk tempatan, malah individu dari wilayah bersebelahan seperti Jawa Barat dan Banten, yang disyaki terbabit dalam kegiatan merosakkan kemudahan awam, melakukan rompakan dan bertindak ganas. Namun begitu, katanya, peserta demonstrasi secara aman tidak dijadikan sasaran pihak berkuasa.

“Presiden, Ketua Polis Indonesia serta panglima tentera telah mengarahkan kami supaya bertindak tegas terhadap sebarang perbuatan anarki dan kerosakan awam. Demonstrasi secara aman tetap dibenarkan,” kata Asep sambil menyuarakan harapan agar keadaan di Jakarta segera pulih.

Dalam pada itu, polis turut menyiasat insiden rompakan di kediaman empat orang Ahli Parlimen serta Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati, pada hujung minggu lalu. “Suspek telah dikenal pasti dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat,” tambahnya.

Sementara itu, Gabenor Pramono memaklumkan jumlah kerugian akibat kerosakan prasarana awam di Jakarta dianggarkan mencecah 55 bilion rupiah (RM14.7 juta). Angka itu termasuk kerugian 3.3 bilion rupiah (RM848,732) melibatkan MRT Jakarta, kira-kira 41.6 bilion rupiah (RM10.7 juta) bagi rangkaian bas TransJakarta serta 5.5 bilion rupiah (RM1.4 juta) untuk sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan infrastruktur awam lain.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok