• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Prabowo Seru Rakyat Indonesia Kekal Tenang, Yakin Kepada Kerajaan
01 September 2025 | 12:46 AM

Prabowo Seru Rakyat Indonesia Kekal Tenang, Yakin Kepada Kerajaan

JAKARTA, 31 Ogos – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyeru seluruh rakyat agar bertenang serta terus menaruh keyakinan kepada kerajaan dalam menghadapi perkembangan semasa negara.

Dalam kenyataan di Istana Merdeka, Jakarta Pusat, pada Ahad, beliau menegaskan bahawa semua parti politik, sama ada dalam atau luar koalisi pemerintah, telah mencapai kesepakatan untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Kami bertekad untuk sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat, termasuk golongan kecil dan terpinggir,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Presiden.

Prabowo turut menegaskan bahawa beliau memahami aspirasi rakyat yang telah disuarakan, sambil memberi jaminan bahawa setiap tuntutan akan diberi perhatian serta tindakan sewajarnya.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Ahli Parlimen untuk mengadakan dialog dengan tokoh masyarakat, mahasiswa serta pelbagai pertubuhan masyarakat.

“Mereka kini dalam proses membatalkan beberapa keputusan, termasuk cadangan kenaikan elaun anggota Parlimen, selain membekukan kunjungan kerja ke luar negara,” jelasnya.

Tindakan pentadbiran Prabowo itu diambil susulan siri demonstrasi yang bermula di Jakarta pada Isnin lalu, sebelum merebak ke beberapa wilayah lain. Demonstrasi tersebut tercetus bagi membantah kadar elaun tinggi anggota Parlimen ketika rakyat berdepan kesempitan ekonomi dan peningkatan cukai.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok