• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Gempa Bumi Lemah Gegar Johor, Gegaran Dirasa Hingga Selatan Pahang
27 August 2025 | 04:58 PM

Gempa Bumi Lemah Gegar Johor, Gegaran Dirasa Hingga Selatan Pahang

PETALING JAYA – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud dikesan berlaku di Johor pada jam 8.59 pagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Gempa itu berpusat di koordinat 2.33 darjah Utara dan 102.79 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 18 kilometer di selatan Segamat.

MetMalaysia memaklumkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor serta sebahagian selatan Pahang. Pihaknya akan terus memantau perkembangan terkini dan memberikan makluman jika ada perubahan.

“Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik di pautan berikut: https://forms.gle/JMGSQhuAKdtwWn2a7,” kata agensi itu dalam kenyataan.

Sebelum ini, Johor mencatatkan dua kejadian gempa bumi lemah pada 24 Ogos lalu, masing-masing pada jam 6.13 pagi dan 9 pagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor, Noorazhar Ngatimin berkata, kerak benua di Semenanjung Malaysia masih menyimpan tegasan tektonik yang boleh dilepaskan secara tiba-tiba hingga mencetuskan gempa bumi.

Beliau menjelaskan, semakan awal peta geologi mendapati pusat gempa di Segamat pada Sabtu lalu terletak berhampiran lanjutan Zon Sesar Mersing, yang berorientasi Barat-Barat Laut ke Timur-Tenggara.

Sumber: Kosmo Online! 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok