• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Taylor Swift Sah Bertunang Dengan Travis Kelce Selepas Dua Tahun Bercinta
27 August 2025 | 04:38 PM

Taylor Swift Sah Bertunang Dengan Travis Kelce Selepas Dua Tahun Bercinta

Penyanyi popular Taylor Swift kini rasmi bertunang dengan pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce, selepas hampir dua tahun menyulam cinta.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri Swift, 36, menerusi hantaran di Instagram yang disertakan kapsyen manis dengan merujuk kerjaya mereka.

“Cikgu Bahasa Inggeris dan Cikgu Pendidikan Jasmani sudah mahu berkahwin,” tulis pelantun Love Story itu.

Dalam perkongsian tersebut, Swift turut memuat naik beberapa foto sekitar majlis lamaran yang berlangsung di sebuah taman. Pasangan itu tampil sedondon mengenakan busana biru, sementara Kelce kelihatan melutut sebelum menyarungkan cincin pertunangan ke jari Swift.

Menurut laporan, cincin berkenaan merupakan rekaan khas Kelce dengan kerjasama pereka barang kemas terkenal, Kindred Lubeck. Nilainya dianggarkan antara RM527,800 hingga RM21 juta, bergantung kepada penilaian berlian yang digunakan.

Sumber antarabangsa mendedahkan majlis lamaran itu sebenarnya berlangsung beberapa minggu sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Untuk rekod, hubungan cinta Swift dan Kelce mula terjalin pada September 2023, selepas penyanyi itu berpisah dengan aktor Joe Alwyn.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok