• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Amorim Pertahan Fernandes Selepas Gagal Penalti Ketika United Seri Dengan Fulham
26 August 2025 | 10:34 AM

Amorim Pertahan Fernandes Selepas Gagal Penalti Ketika United Seri Dengan Fulham

LONDON – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim tampil mempertahankan kapten pasukannya, Bruno Fernandes, selepas pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam keputusan seri 1-1 menentang Fulham di Craven Cottage.

Dalam aksi tersebut, Fernandes bukan sahaja melepaskan peluang keemasan dari titik penalti, kegagalan pertamanya dalam tempoh dua tahun, malah turut terlibat dalam insiden yang membawa kepada gol penyamaan Fulham menerusi Emile Smith Rowe.

Amorim bagaimanapun enggan menuding jari kepada pemain tengah Portugal itu, sebaliknya menegaskan Fernandes berada di bawah tekanan besar untuk membantu kelab meraih kemenangan pertama musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Bruno jarang gagal dalam situasi sebegitu. Dia tahu betapa pentingnya penalti itu, dan kegagalan itu jelas mengganggu tumpuannya sepanjang perlawanan. Tetapi kami tidak boleh salahkan dia seorang,” kata Amorim.

Pengendali itu turut menggesa semua pemain United agar berkongsi tanggungjawab dan segera bangkit demi mengembalikan pasukan ke landasan kemenangan.

“Prestasi kami masih jauh daripada tahap terbaik. Namun saya yakin dengan fokus dan keyakinan terhadap falsafah pasukan, kemenangan akan tiba,” tambahnya.

United kini berada di tangga ke-16 EPL selepas dua perlawanan, meskipun telah membelanjakan sekitar £196.5 juta (RM1.11 bilion) pada jendela perpindahan, yang boleh meningkat hingga £214.5 juta (RM1.21 bilion) termasuk bonus.

Situasi itu menambah tekanan menjelang aksi Piala EFL menentang Grimsby Town awal pagi Khamis ini, dengan segelintir penyokong sudah mula meluahkan rasa tidak puas hati serta mendesak Amorim melepaskan jawatan jika keputusan buruk berterusan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok