• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Fan Bingbing Terima Gelaran Datuk Dari Negeri Melaka
25 August 2025 | 11:02 AM

Fan Bingbing Terima Gelaran Datuk Dari Negeri Melaka

MELAKA – Aktres terkenal China, Fan Bingbing, dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, hari ini.

Penganugerahan itu bersempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Fan, yang mempunyai lebih 63 juta pengikut di platform Weibo dan 4.1 juta di Instagram, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai penghormatan besar dan berjanji untuk terus mempromosikan Melaka di peringkat antarabangsa.

“Saya sangat teruja menerima gelaran ini. Ia satu penghormatan yang besar buat saya. Saya akan berusaha memperkenalkan Melaka serta menjadi ‘jambatan’ persahabatan antara Melaka dan China. Saya juga akan kembali ke sini pada September nanti untuk kerjasama baharu,” katanya kepada media.

Sebelum ini, Fan pernah dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka. Lawatannya selama tiga hari ke negeri ini pada Jun 2024 berjaya mencetuskan impak besar dalam sektor pelancongan, apabila tercatat 1.2 bilion carian berkaitan dirinya dan Melaka di internet.

Bintang berusia 44 tahun itu turut mencuri perhatian apabila tampil anggun dalam persalinan kebaya nyonya semasa sesi promosi, yang mendapat pujian ramai.

Selain terkenal di China, Fan pernah membintangi filem antarabangsa termasuk X-Men: Days of Future Past di Hollywood, serta beberapa produksi Perancis dan Korea. Pada 2017, beliau turut tersenarai dalam Time 100 sebagai antara 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok