KUCHING, 24 Ogos – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Batu Kawa, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu sekitar jam 6.17 petang.
Mangsa, Enrique Bong Kai Cen, dilaporkan hilang pada jam 4.15 petang di Jalan Kim Chu Sin, Batu Kawa. Kanak-kanak berkenaan mempunyai autisme.
Ketika kejadian, Enrique memakai T-shirt putih tanpa kolar dengan lambang matahari di bahagian hadapan, seluar pendek coklat dan berselipar.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Enrique diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, Sarjan Alex Daniel Jita di talian 011-18816338, atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di 082-862233.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Polis IPD Padawan
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini