• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Thailand Perketat Kawalan Sempadan, Buru Suspek Serangan Bom Kereta di Tak Bai
22 August 2025 | 11:03 AM

Thailand Perketat Kawalan Sempadan, Buru Suspek Serangan Bom Kereta di Tak Bai

NARATHIWAT, THAILAND – Pihak berkuasa Thailand memperketat kawalan keselamatan di sepanjang Sungai Golok bagi mengekang dua suspek serangan bom kereta di Tak Bai daripada melarikan diri ke Malaysia.

Jurucakap Markas Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), Kolonel Kiattisak Neewong, berkata operasi memburu suspek dipergiat selepas arahan dikeluarkan oleh Komander Tentera Bahagian Keempat, Leftenan Jeneral Paisan Nusang.

Menurutnya, Paisan yang meninjau lokasi kejadian di Pangkalan Operasi Sukarelawan Keselamatan Salamai, Kampung Khok Mafueang, semalam, telah mengarahkan semua unit keselamatan memperketat pemantauan, khususnya di laluan sempadan Thailand-Malaysia.

“Beliau juga mengarahkan tahap keselamatan ditingkatkan di semua pangkalan, terutama di kawasan yang berisiko menjadi sasaran serangan kumpulan bersenjata,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian malam kelmarin, empat anggota Pasukan Pertahanan Sukarelawan cedera akibat letupan bom yang dipasang pada sebuah kereta. Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Vios yang digunakan telah ditukar warna dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Kiattisak menjelaskan, salah seorang suspek memandu kereta tersebut sehingga ke pangkalan operasi sebelum meninggalkannya. Kenderaan itu dibiarkan bergerak ke arah sasaran, manakala suspek berkenaan melarikan diri dengan bantuan rakan yang menunggang motosikal.

Kedua-duanya dipercayai melarikan diri melalui lorong berhampiran Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Laut Narathiwat.

Tambahnya, pihak keselamatan kini sedang menjejak mereka dan sudah menahan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam siri keganasan kebelakangan ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok