• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lima Remaja Didakwa Kes Buli Zara Qairina Hadir ke Mahkamah
20 August 2025 | 11:00 AM

Lima Remaja Didakwa Kes Buli Zara Qairina Hadir ke Mahkamah

KOTA KINABALU – Lima remaja perempuan yang dikaitkan dengan kes buli melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu sekitar jam 8.25 pagi tadi.

Kesemua mereka yang berusia bawah 18 tahun dijangka didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan berkaitan penggunaan atau penyebaran komunikasi berbaur ugutan, kesat atau menghina.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan sebelum ini mengesahkan telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memutuskan untuk membawa beberapa individu ke muka pengadilan berdasarkan bukti yang diperoleh.

AGC turut menegaskan bahawa prosiding inkues tetap perlu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina, 13.

Mahkamah Koroner di sini pada Isnin lalu menetapkan 3 September depan sebagai tarikh bermulanya inkues berhubung kes tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok