• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Amorim Tetap Optimis Walau United Tewas Tipis Kepada Arsenal
19 August 2025 | 11:28 AM

Amorim Tetap Optimis Walau United Tewas Tipis Kepada Arsenal

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya meskipun tewas 0-1 kepada Arsenal dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford.

Perlawanan malam kelmarin ditentukan oleh jaringan tunggal Riccardo Calafiori pada minit ke-13, sekali gus menafikan peluang United untuk memulakan musim dengan kemenangan. Namun, Amorim menegaskan corak permainan yang dipamerkan adalah lebih meyakinkan berbanding musim lalu.

“Kami ada skuad yang mampu menewaskan mana-mana pasukan dalam liga. Jika mengekalkan intensiti sebegini, saya percaya kami boleh pergi jauh musim ini,” katanya.

Menurut pengendali dari Portugal itu, United menunjukkan corak lebih agresif dengan tekanan berterusan sepanjang perlawanan serta keberanian mengambil risiko ketika menyerang.

Mengulas mengenai gol kemenangan Arsenal, Amorim menyifatkan ia berpunca daripada kelebihan fizikal lawan ketika situasi sepakan penjuru.

“Jika dilihat semula, penjaga gol kami dihalang daripada menangkap bola. Kalau itu dibenarkan, mungkin kami juga perlu mula melakukannya,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok