KOTA KINABALU - Pasukan peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir memohon agar Peguam Negara menangguhkan sementara pendakwaan terhadap lima remaja yang dijadualkan dibicarakan esok.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh barisan peguam terdiri daripada Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, dan Farrah Nasser, pihak mereka baru dimaklumkan bahawa kesemua remaja terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.
“Selepas kenyataan media kami semalam, barulah dimaklumkan bahawa lima remaja berkenaan akan didakwa di bawah peruntukan tersebut berhubung kes membuli Allahyarham Zara Qairina.
“Sehubungan itu, kami memohon agar pendakwaan tersebut dapat ditangguhkan sementara waktu. Kami juga akan mengemukakan permohonan supaya pertuduhan dipertimbangkan semula di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” menurut kenyataan itu.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini