• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kanada Gugurkan Bantuan ke Gaza, Kecam Israel Halang Penghantaran Kemanusiaan
05 August 2025 | 04:18 PM

Kanada Gugurkan Bantuan ke Gaza, Kecam Israel Halang Penghantaran Kemanusiaan

TRENTON, KANADA – Kanada telah menjatuhkan 10 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam satu misi bersama rakan antarabangsa, sambil mengecam keras tindakan Israel yang menghalang penghantaran bantuan sebagai satu pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Langkah ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Menteri Luar Kanada Anita Anand dan Menteri Pertahanan David McGuinty pada Isnin.

"Kanada mengambil langkah luar biasa ini kerana akses kepada bantuan di Gaza amat terhad, sedangkan keperluan kemanusiaan di wilayah itu semakin mendesak," kata mereka.

Menurut kenyataan itu, walaupun keperluan bantuan semakin kritikal, organisasi pelaksana menghadapi halangan besar untuk menyalurkan bekalan penting seperti makanan dan ubat-ubatan melalui laluan darat, berikutan sekatan berterusan oleh Israel.

“Tindakan ini melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mesti dihentikan serta-merta,” tegas kenyataan itu lagi.

Selain Kanada, lima negara lain iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Mesir, Jerman dan Belgium turut menyertai misi bantuan udara ke Gaza, menurut kenyataan tentera Israel di platform X (dahulu Twitter).

Kanada turut menyeru perubahan segera bagi mempercepatkan penghantaran bantuan. Ini termasuk membuka semua lintasan sempadan ke Gaza, mempercepat kelulusan kastam, memberikan visa jangka panjang kepada petugas bantuan, dan memastikan akses yang selamat serta bebas halangan kepada pasukan kemanusiaan.

Menteri turut menggambarkan keadaan di Gaza sebagai “amat menyedihkan”, sambil menegaskan keperluan mendesak untuk peningkatan besar dalam bantuan kemanusiaan.

Sejak 7 Oktober 2023, serangan berterusan oleh tentera Israel ke atas Gaza telah mengorbankan hampir 61,000 rakyat Palestin, meskipun tekanan antarabangsa semakin meningkat untuk satu gencatan senjata dilaksanakan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok