• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Enam Gunung Berapi Meletus di Timur Jauh Russia Selepas Gempa Bumi Mega
05 August 2025 | 04:04 PM

Enam Gunung Berapi Meletus di Timur Jauh Russia Selepas Gempa Bumi Mega

MOSCOW, 5 Ogos – Sekurang-kurangnya enam gunung berapi meletus di Semenanjung Kamchatka, Russia, selepas satu gempa bumi berkekuatan 8.8 magnitud menggegarkan rantau tersebut minggu lalu.

Rakaman video menunjukkan letusan dramatik dan aktiviti seismik luar biasa di kawasan berkenaan, dengan pakar menyifatkannya sebagai fenomena yang jarang berlaku.

Gunung berapi Klyuchevskaya Sopka yang terbesar di rantau itu, memuntahkan lahar panas hanya beberapa jam selepas gegaran kuat melanda. Gunung berusia 7,000 tahun itu sudah aktif sejak April, namun kini menunjukkan peningkatan ketara dalam aktiviti vulkanik.

Turut meletus ialah Gunung Krasheninnikov, yang memuntahkan abu setinggi 6.4 kilometer dalam letusan pertamanya dalam tempoh 600 tahun. Gunung Shiveluch pula memancutkan abu sejauh 3.2 kilometer ke udara dan kini berada dalam fasa letusan aktif.

Gunung Bezymianny, Karymsky dan Avachinsky turut menunjukkan aktiviti, dengan ketinggian letusan antara 1.6 hingga 2.8 kilometer, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan berikutan pelepasan awan aerosol.

Sementara itu, gegaran dikesan di sekitar Gunung Mutnovsky, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kemungkinan letusan di kawasan tersebut.

“Hari ini kita menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku. Saya menyifatkannya sebagai 'perarakan letusan gunung berapi',” kata Alexei Ozerov, Pengarah Institut Vulkanologi dan Seismologi, Cawangan Timur Jauh Akademi Sains Russia.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok