• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Putaran Bumi Semakin Pantas: 5 Ogos, Hari Terpendek Dunia
05 August 2025 | 03:46 PM

Putaran Bumi Semakin Pantas: 5 Ogos, Hari Terpendek Dunia

WASHINGTON, 5 Ogos - Para saintis mengesahkan bahawa Bumi berputar lebih laju daripada biasa hari ini, menjadikan tempoh sehari lebih singkat antara 1.25 hingga 1.51 milisaat. Perkara itu dilaporkan oleh Perkhidmatan Sistem Putaran dan Rujukan Antarabangsa bersama Balai Cerap Tentera Laut AS, menurut New York Post.

Walaupun perubahan ini kecil, Bumi biasanya mengambil masa 86,400 saat untuk satu putaran penuh, ia tetap menarik perhatian komuniti saintifik. Hari ini juga direkodkan sebagai hari ketiga terpendek musim panas ini, selepas 9 Julai dan 22 Julai.

Pakar percaya kedudukan Bulan memainkan peranan dalam mempercepatkan putaran Bumi, namun mereka belum dapat menjelaskan sepenuhnya puncanya.

“Punca pecutan ini masih misteri. Ramai saintis berpendapat ia mungkin berpunca dari dalam Bumi. Model atmosfera dan lautan setakat ini tidak memberi jawapan,” kata pakar dari Universiti Negeri Moscow, Leonid Zotov.

Jika fenomena ini berterusan, ia mungkin memberi kesan besar pada masa depan. Menurut ahli astronomi NASA, Dr. Sten Odenwald, putaran lebih pantas boleh menyebabkan hari menjadi hanya 22 jam, yang berisiko mengganggu jam biologi manusia dan membawa kepada cuaca ekstrem seperti taufan yang lebih kuat.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok