KUCHING, 4 Ogos – Kompleks Premier Sarawak di Petra Jaya, Kuching, kini secara rasmi dinamakan Kompleks Satria Pertiwi selepas pengumuman dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada majlis perasmian malam ini.
Majlis bersejarah itu turut diserikan dengan persembahan pancaran laser, menyemarakkan suasana sambutan.
Hadir sama menyaksikan acara tersebut ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bersama timbalan-timbalan Premier dan barisan kepimpinan negeri.
Kompleks baharu ini diharapkan menjadi mercu tanda ikonik yang melambangkan tadbir urus kerajaan Sarawak yang cemerlang, berwibawa, dan berorientasikan masa depan.
Sumber: Bilik Berita CATS
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini