MOSCOW, 4 Ogos – Gunung berapi Krasheninnikov di Semenanjung Kamchatka, timur Russia, meletus buat pertama kali dalam lebih lima abad, dipercayai berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 8.8 yang melanda kawasan itu minggu lalu.
Menurut laporan United Press International, letusan berlaku sekitar jam 6 pagi waktu tempatan semalam, ketika pasukan pemantau sedang merekodkan pelepasan gas dan wap dari kawah gunung berapi tersebut.
Gunung itu memuntahkan abu setinggi hampir enam kilometer (5.95 km) ke udara, menjadikan ia satu letusan dramatik pertama sejak abad ke-15, menurut Pasukan Tindak Balas Letusan Gunung Berapi Kamchatka.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk berhampiran dan menggesa pemindahan segera bagi tujuan keselamatan, meskipun kawasan berpenduduk tidak berada dalam bahaya langsung.
Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

WHAT’S HOT

04 August 2025 | 12:21 PM