KUCHING, 31 Julai 2025 – Mukah mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (API) 160 pada jam 8 pagi tadi, sekali gus dikategorikan sebagai tidak sihat, menurut data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Sebanyak 17 stesen pemantauan lain di Sarawak merekodkan bacaan sederhana dengan API antara 55 hingga 92, termasuk Kuching (76), Samarahan (72), Sibu (71) dan Miri (74). Satu-satunya kawasan dengan bacaan baik ialah Bario dengan API 48.
Bacaan API antara 101 hingga 200 dianggap tidak sihat dan boleh memburukkan kesihatan golongan berisiko seperti penghidap penyakit jantung dan paru-paru.
Orang ramai dinasihatkan untuk menghadkan aktiviti luar, terutama di kawasan Mukah, dan memakai pelitup muka jika perlu berada di luar rumah.
Sumber: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini