• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lebih 90 Terbunuh Akibat Tembakan Ketika Cuba Dapatkan Bantuan di Gaza
21 July 2025 | 11:43 AM

Lebih 90 Terbunuh Akibat Tembakan Ketika Cuba Dapatkan Bantuan di Gaza

GAZA, 21 Julai – Lebih 93 penduduk Palestin terbunuh selepas tentera Israel didakwa melepaskan tembakan ketika orang ramai cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, menurut agensi pertahanan awam wilayah itu.

Insiden berdarah itu berlaku semalam apabila konvoi bantuan tiba di utara Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya 80 orang. Sembilan lagi dilaporkan terbunuh berhampiran pusat agihan bantuan di Rafah, hanya sehari selepas kejadian serupa yang turut meragut puluhan nyawa.

“Empat mangsa turut maut berhampiran lokasi agihan bantuan di Khan Younis, selatan Gaza,” kata jurucakap agensi pertahanan awam, Mahmud Basal kepada AFP.

Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) turut mengesahkan konvoi 25 lori mereka menyaksikan insiden tembakan terhadap penduduk yang kelaparan berhampiran Bandar Gaza, tidak lama selepas melepasi pusat pemeriksaan Israel.

Kematian akibat tembakan ketika penduduk mencari bantuan semakin kerap berlaku, dan pihak berkuasa Palestin menyalahkan tindakan ketenteraan Israel.

Menurut PBB, lebih 800 rakyat Gaza yang keluar untuk mendapatkan makanan telah terbunuh sejak akhir Mei lalu, ramai antara mereka ditembak di laluan bantuan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok