• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hafiz Suip Menangis Kenang Anak-Anak, Akui Paling Sedih Bila Berjauhan
20 July 2025 | 06:26 PM

Hafiz Suip Menangis Kenang Anak-Anak, Akui Paling Sedih Bila Berjauhan

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal, Hafiz Suip tidak dapat menahan sebak apabila mengenang nasib hidupnya yang kini berjauhan dengan anak-anak, menyifatkan situasi itu sebagai pengalaman paling menyedihkan dalam hidupnya.

Menerusi hantaran video terbaharu di Instagram, Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, meluahkan rasa syukur walaupun diuji dengan pelbagai dugaan termasuk kecaman daripada orang ramai.

“Saya bersyukur dengan pemberian Tuhan, bahagia dengan kehidupan begini dan cuba untuk berdamai. Saya tidak mahu terus menyalahkan sesiapa kerana itu hanya akan menyusahkan fikiran. Bila bersyukur, menerima dan reda, barulah kebahagiaan itu datang,” katanya.

Juara Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak empat kali itu turut mengakui sering disalah anggap oleh orang sekeliling, namun tetap menghargai mereka yang masih mengambil berat akan keadaannya.

“Benda paling sedih apabila orang anggap kita jahat. Mulut orang kita tak boleh tutup, yang penting kita tahu niat sendiri. Lama-kelamaan orang akan faham juga.

“Banyak tohmahan yang saya terima, tapi saya tetap bersyukur sebab masih ada yang prihatin dan menegur. Lebih pedih jika tiada siapa ambil peduli langsung,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Hafiz mengesahkan perkahwinannya dengan Nureffy tidak dapat diselamatkan lagi menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok