• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Penyanyi legenda ‘Pretty Little Baby’ meninggal dunia
18 July 2025 | 05:43 PM

Penyanyi legenda ‘Pretty Little Baby’ meninggal dunia

LOS ANGELES, 18 Julai 2025 - Penyanyi legenda Amerika Syarikat, Connie Francis, yang terkenal menerusi lagu klasik Pretty Little Baby, telah meninggal dunia pada usia 87 tahun, malam Rabu waktu tempatan.

Berita pemergian bintang era 1960-an itu disahkan oleh sahabat rapatnya, Ron Roberts, yang juga Presiden Concetta Records, melalui satu hantaran di Facebook pada awal pagi Khamis.

“Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, saya ingin memaklumkan tentang pemergian sahabat tersayang saya, Connie Francis, malam tadi,” tulisnya.

Francis dilaporkan baru-baru ini menjalani rawatan akibat kesakitan pada bahagian pelvis berpunca daripada patah tulang. Ketika dirawat di hospital, beliau turut disahkan menghidap jangkitan kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Pemergiannya berlaku hanya dua minggu selepas beliau dimasukkan ke hospital kerana kesakitan serius. Dalam satu hantaran di media sosial sempena Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai lalu, Francis sempat memaklumkan bahawa keadaannya bertambah baik selepas berehat. Namun, beliau kemudiannya dimasukkan semula ke hospital dan menjalani beberapa siri pemeriksaan lanjut.

Connie Francis kembali menjadi sebutan generasi baharu apabila lagu Pretty Little Baby, yang asalnya dirakam pada 1962, kembali tular di platform TikTok, lebih enam dekad selepas diterbitkan.

Sepanjang kerjayanya, Francis turut dikenali menerusi lagu-lagu hit lain seperti Stupid Cupid dan Who’s Sorry Now, menjadikannya antara ikon pop wanita paling berpengaruh dalam sejarah muzik Amerika.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok