• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pendaki Switzerland Cedera Parah Jatuh di Gunung Rinjani, Diterbangkan ke Bali
17 July 2025 | 04:42 PM

Pendaki Switzerland Cedera Parah Jatuh di Gunung Rinjani, Diterbangkan ke Bali

JAKARTA, 17 Julai 2025 – Seorang pendaki warga Switzerland mengalami kecederaan serius selepas terjatuh ketika menuruni laluan Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia, dan telah diterbangkan ke sebuah hospital di Bali untuk rawatan lanjut.

Mangsa, Benedikt Emmenegger, 46, dilaporkan tergelincir di laluan Pelawangan menuju ke tasik Segara Anak pada pagi Rabu, menurut kenyataan Pihak Berkuasa Taman Negara Gunung Rinjani (BTNGR).

“Pasukan penyelamat segera digerakkan selepas insiden dilaporkan pada jam 11.25 pagi waktu tempatan,” kata Ketua BTNGR, Yarman.

Operasi menyelamat melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk pegawai taman, petugas perubatan, Pasukan Rinjani, Basarnas, renjer hutan dan sukarelawan. Helikopter disediakan melalui insurans peribadi mangsa dengan kerjasama Basarnas Mataram dan Bali Air.

Emmenegger berjaya diterbangkan keluar pada jam 4.58 petang dan dibawa ke sebuah hospital di Kuta, Bali. Laporan perubatan awal menunjukkan beliau mengalami patah paha dan lengan serta pendarahan di bahagian mata.

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami,” ujar Yarman sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat atas tindakan pantas mereka.

Gunung Rinjani kini menjadi perhatian selepas beberapa insiden melibatkan pendaki asing. Pada Jun lalu, seorang pendaki Brazil, Juliana Marins, 26, maut selepas terjatuh ke dalam gaung. Sebulan sebelumnya, seorang pendaki Malaysia, Rennie Abdul Ghani, 57, turut maut dalam insiden berasingan. Seorang lagi pendaki Malaysia dilaporkan cedera pada akhir bulan yang sama.

Pihak berkuasa menggesa para pendaki agar lebih berhati-hati dan menggunakan khidmat pemandu bertauliah serta pengendali pendakian berlesen.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok