• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Dr Mahathir Kembali Cergas, Kongsi Perkembangan Kesihatan Selepas Dibenar Keluar IJN
15 July 2025 | 01:16 AM

Dr Mahathir Kembali Cergas, Kongsi Perkembangan Kesihatan Selepas Dibenar Keluar IJN

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kurang 24 jam selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Tun Dr Mahathir Mohamad kembali aktif dan bersemangat menjalani rutin hariannya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini, bekas Perdana Menteri itu dilihat meninggalkan kediamannya sekitar jam 10.15 pagi sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dr Mahathir sempat meluangkan masa beramah mesra dan bergambar dengan pengunjung di lapangan terbang, memperlihatkan beliau dalam keadaan ceria dan bertenaga.

Dalam rakaman sama, beliau turut memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan program "Picnic & Potluck" di Tasik Putrajaya lebih awal semalam akibat keletihan.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat terus bersama dalam program picnic kita yang dihadiri ribuan orang. Tapi kerana terlalu letih, saya terpaksa berehat dan doktor nasihatkan saya ke hospital,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau kini sudah pulih dan bersedia kembali menjalani kehidupan aktif.

“Saya sudah pulih selepas dirawat doktor dan kini boleh kembali bekerja seperti biasa,” katanya.

Perkongsian video itu menerima sambutan hangat di media sosial, dengan lebih 214,000 tontonan, 15,000 reaksi dan 1,200 komen dalam masa kurang sejam. Rata-rata netizen mendoakan kesihatan dan kesejahteraan tokoh berusia 100 tahun itu.

Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan mengalami keletihan sewaktu menghadiri acara sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 dan ulang tahun ke-99 isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di Tasik Putrajaya.

Beliau turut sempat menyertai kayuhan basikal ‘tandem’ sejauh lapan hingga sembilan kilometer mengelilingi tasik, ditemani pegawai keselamatan khas.

Dr Mahathir menyambut ulang tahun kelahirannya ke-100 pada 10 Julai lalu, manakala Dr Siti Hasmah menyambut usia ke-99 pada 12 Julai.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok