• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

PSG Buru Sejarah Selepas Mara ke Final Piala Dunia Kelab
11 July 2025 | 11:25 AM

PSG Buru Sejarah Selepas Mara ke Final Piala Dunia Kelab

NEW YORK, 11 Julai 2025 — Paris Saint-Germain (PSG) terus melakar sejarah apabila mara ke pentas final Piala Dunia Kelab selepas menundukkan Real Madrid 4-0 di separuh akhir yang berlangsung di Stadium MetLife, awal pagi tadi.

Sebagai juara Eropah, PSG mempamerkan aksi meyakinkan dengan dua gol daripada Fabian Ruiz, serta masing-masing satu jaringan oleh Ousmane Dembélé dan Gonçalo Ramos — kemenangan yang meletakkan kelab Perancis itu sebagai pilihan utama untuk menjulang trofi kejuaraan.

Pengendali PSG, Luis Enrique, memuji prestasi pasukannya dan menegaskan pentingnya mengekalkan momentum untuk menamatkan musim dengan lima trofi — pencapaian tertinggi dalam sejarah kelab.

“Ini adalah satu kejayaan manis. Kami tahu laluan tidak mudah, tetapi sejak awal, sasaran kami adalah mara ke final dan memenangi kejohanan ini,” ujar Enrique.

“Tidak banyak pasukan mampu melakukan apa yang kami capai. Kami kini tinggal satu perlawanan lagi untuk mencipta sejarah buat Paris dan bola sepak Perancis.”

Kemenangan ke atas Real Madrid itu juga mencatat rekod baru buat PSG dengan 48 kemenangan dalam musim 2024/25, mengatasi rekod terdahulu 47 kemenangan yang dicapai pada musim 2015/16.

Enrique turut mempertahankan pengendali Real Madrid, Xabi Alonso, yang menurutnya masih dalam proses membina pasukan.

“Real baru dibentuk, manakala kami sudah bersama dua tahun. Ini perkembangan normal. Xabi perlukan masa dan tidak wajar dinilai hanya berdasarkan satu perlawanan,” katanya lagi.

PSG kini selangkah lagi untuk menamatkan musim dengan kejayaan berganda dan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kuasa besar bola sepak dunia.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok