• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pendaki Gunung Kinabalu Berdepan Detik Cemas Akibat Hujan Lebat dan Aliran Air Deras
10 July 2025 | 04:16 PM

Pendaki Gunung Kinabalu Berdepan Detik Cemas Akibat Hujan Lebat dan Aliran Air Deras

KUNDASANG, 10 Julai 2025 - Sekumpulan pendaki di Gunung Kinabalu berdepan detik mencemaskan apabila hujan lebat yang melanda puncak gunung awal pagi tadi menyebabkan aliran air deras membanjiri laluan pendakian.

Menerusi klip video yang tular di media sosial, kelihatan para pendaki terpaksa meredah arus air yang deras mengalir laju dari kawasan tinggi, sekali gus menjadikan pendakian lebih sukar dan berisiko.

Menurut satu hantaran oleh pengguna laman sosial Gunung Kinabalu, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba disebabkan keadaan cuaca yang berubah dengan pantas.

“Jika anda mendaki dalam cuaca sebegini, kekal tenang, ikut arahan pemandu arah, dan utamakan keselamatan,” tulis pengguna tersebut.

Pihak berkuasa mengesahkan semua pendaki yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke kawasan perlindungan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Insiden itu difahamkan bukan berpunca daripada keingkaran terhadap amaran cuaca, sebaliknya disebabkan keadaan cuaca di kawasan pergunungan yang sememangnya sukar dijangka.

Seorang pengguna media sosial turut berkongsi pengalamannya, memaklumkan cuaca pada awal pagi agak buruk namun kembali cerah sebelum berubah semula secara mendadak.

“Pagi tadi memang hujan dan angin kuat, tapi cuaca kembali normal sekejap — matahari pun keluar. Beberapa jam kemudian, hujan lebat dan angin kencang datang semula,” katanya.

Beberapa pihak juga tampil menjelaskan bahawa para pendaki tidak memulakan pendakian dalam cuaca buruk kerana prosedur keselamatan ketat telah ditetapkan oleh pihak taman.

“Untuk makluman, pendakian tidak akan dibenarkan jika cuaca tidak mengizinkan. Dalam kes ini, cuaca buruk berlaku ketika mereka sudah berada di atas gunung. Mujur ada pemandu arah yang terlatih untuk memastikan keselamatan semua,” kata seorang lagi pengguna.

Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter, sering mengalami perubahan cuaca mendadak, dan para pendaki dinasihatkan sentiasa peka serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok