• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hari Ini Mungkin Jadi Hari Paling Singkat Dalam Sejarah, Menurut Saintis
09 July 2025 | 05:09 PM

Hari Ini Mungkin Jadi Hari Paling Singkat Dalam Sejarah, Menurut Saintis

LONDON, 9 Julai – Para saintis meramalkan bahawa hari ini berpotensi menjadi hari paling singkat yang pernah direkodkan dalam sejarah, apabila putaran Bumi dijangka berlaku lebih laju daripada biasa.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa tiga hari musim panas tahun ini, 9 Julai, 22 Julai dan 5 Ogos, mungkin menjadi antara hari-hari paling singkat dalam rekod moden. Perbezaannya mungkin kecil, namun signifikan: antara 1.3 hingga 1.51 milisaat lebih pendek daripada tempoh normal sehari.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh peningkatan kelajuan putaran Bumi yang telah dikesan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya pada tahun 2020 dan 2022, berdasarkan data daripada jam atom yang sangat tepat.

Walaupun punca sebenar belum dikenal pasti sepenuhnya, pakar percaya beberapa faktor mungkin memainkan peranan, termasuk perubahan dalam atmosfera, pencairan ais di kawasan kutub, pergerakan dalam teras Bumi, dan kelemahan medan magnet planet ini.

Secara amnya, Bumi mengambil masa sekitar 86,400 saat atau 24 jam untuk melengkapkan satu putaran pada paksinya. Namun, hakikatnya putaran itu tidak pernah benar-benar stabil, ia sentiasa mengalami perubahan kecil dari semasa ke semasa.

Rekod hari paling singkat setakat ini berlaku baru-baru ini, pada 5 Julai 2024, apabila putaran Bumi tercatat 1.66 milisaat lebih cepat daripada biasa.

Fenomena ini mungkin tidak dirasai dalam kehidupan seharian, namun ia memberikan petunjuk penting tentang perubahan dinamik Bumi dan boleh memberi kesan kepada sistem teknologi berasaskan masa di seluruh dunia.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok