• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Trump umum Malaysia dikenakan tarif 25 peratus
08 July 2025 | 12:21 PM

Trump umum Malaysia dikenakan tarif 25 peratus

WASHINGTON, 8 Julai 2025 – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, kembali mencetuskan ketegangan perdagangan global apabila mengancam akan mengenakan tarif baharu terhadap lebih 12 negara, termasuk sekutu rapat seperti Jepun dan Korea Selatan.

Dalam surat rasmi yang dihantar kepada beberapa negara rakan dagang, Trump memaklumkan bahawa tarif yang sebelum ini digantung sejak April akan mula dikuatkuasakan dalam tempoh tiga minggu, menjelang awal Ogos. Tokyo dan Seoul antara yang bakal dikenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas eksport mereka ke AS.

Negara-negara lain turut tersenarai, termasuk Tunisia, Malaysia dan Kazakhstan, yang akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus. Afrika Selatan dan Bosnia-Herzegovina pula bakal berdepan kadar 30 peratus.

Indonesia akan dikenakan tarif 32 peratus, diikuti Serbia dan Bangladesh (35 peratus), manakala Kemboja dan Thailand masing-masing berdepan kadar 36 peratus. Laos dan Myanmar dijangka menerima kadar tertinggi, iaitu 40 peratus.

Namun begitu, Trump memberi isyarat bahawa masih wujud ruang rundingan.

“Saya tegas, tetapi tidak sepenuhnya tegas,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis makan malam bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Ditanya sama ada tarikh akhir 1 Ogos itu muktamad, beliau menjawab: “Saya akan katakan ya. Tetapi jika mereka menghubungi saya dengan tawaran yang lebih baik dan saya menyukainya, maka kita boleh ubah.”

Setakat ini, kebanyakan negara yang menerima surat berkenaan berdepan tarif yang sama atau tidak berubah berbanding kadar yang dicadangkan pada April. Namun beberapa negara seperti Kemboja dan Laos menyaksikan sedikit pengurangan.

Apabila ditanya mengapa Jepun dan Korea Selatan menjadi antara sasaran awal, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, berkata: “Ia adalah hak prerogatif presiden, dan itu adalah negara yang beliau pilih.”

Negara seperti Singapura, India dan Taiwan dilaporkan masih belum menerima sebarang makluman rasmi mengenai langkah tarif tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok